PROGRAM Iftar Ramadan bersama anak-anak Rumah Jalinan Kasih telah berlangsung pada 14 April 2023 (Sabtu) bertempat di Rumah Jalinan Kasih (RJK), Kajang Selangor. Program yang berlangsung pada pukul 6 petang hingga 9 malam ini telah melibatkan seramai enam orang wakil dari KOPENA dan 52 orang anak yatim serta staf RJK. Antara yang hadir ialah Pengerusi, Setiausaha, CEO dan tiga orang ahli lembaga KOPENA.
Aktiviti-antiviti yang dijalankan termasuklah kuliah Ramadan, tasnim al-Quran, berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih serta jamuan moreh. Penyerahan sumbangan juga dibuat oleh Pengerusi Kopena, Tuan Mokhtar bin Omar kepada Pengetua RJK, Puan Norlela binti Othman.
Ucapan terima kasih kepada para penaja yang menyalurkan sumbangan untuk aktiviti ini dan semoga diberikan rezeki dan keberkatan oleh Allah s.w.t.
Sama-sama kita bangunkan industri buku negara.