Pengenalan KOPENA
PENDAHULUAN
Penubuhan koperasi menggunakan semangat sukarelawan. Mementingkan kerja berkumpulan dan setia kepada organisasi.
Konsep yang diamalkan dalam pengurusan Koperasi adalah demokrasi. Keputusan muktamad adalah suara majoriti.
Setiap ahli mempunyai hak untuk menyatakan pandangan dan idea. Hak untuk mencadang dan dipilih sebagai Ahli Lembaga Koperasi. Termasuk hak keluar daripada menjadi Ahli.
TUJUAN PENUBUHAN KOPENA
- Menjana pendapatan Ahli
- Menjalin usahasama perniagaan bersama Ahli
- Mendidik Ahli dalam perniagaan Koperasi
MOTO
Memajukan Karya, Memperkukuh Dana, Membangunkan Minda
MISI
Menjadikan KOPENA, koperasi pilihan utama komuniti penulis, komuniti anak seni, pemain industri buku dan seni serta rakyat Malaysia.
VISI
Berdedikasi mempelbagaikan dan menyediakan perkhidmatan yang efektif, berdaya maju, mesra dan amanah berlandaskan prinsip dan amalan koperasi.